![Learning Program [Extended] Plus [2025 - 2026] Learning Program [Extended] Plus [2025 - 2026]](https://notasahambursa.onpay.my/media/forms/111-learningprogramextendedplus20252026-1750100124.jpg)
Learning Program Extended ini adalah kesinambungan dari Swing Circle yang lepas. Ia telah dijenamakan semula dengan nama Learning Program Extended. Extended bermaksud ia adalah dalam tempoh setahun berbanding Learning Program biasa yang diadakan dalam tempoh sebulan.
Alhamdulillah Swing Circle sesi lepas berlangsung dengan baik.
Insya Allah sangat banyak manfaat yang telah diperoleh oleh para peserta Swing Circle lepas.
Apa kelebihan Learning Program Extended berbanding Learning Program yang biasa?
1. Yuran yang lebih murah berbanding bayar setiap bulan. Jika join setiap bulan untuk Learning Program jumlahnya adalah RM 1080. Tapi untuk Learning Program Extended ini hanya RM 799 sahaja.
2. Dapat belajar setup swing untuk tempoh yang lebih lama. Sebab biasanya sesuatu kaunter itu boleh trending berbulan bahkan bertahun lamanya. Jadi dalam Learning Program berbentuk setahun ni kita dapat tengok progress dan monitoring setup dengan lebih baik.
3. Nota yang lebih komprehensif dan tersusun untuk teknik swing.
4. Perkongsian trading setup secara praktikal adalah hampir setiap hari dan bukan sekali sekala dalam tempoh setahun ini.
Moga-moga Learning Program Extended ini akan dapat membantu mempercepatkan learning curve anda dalam trading, seterusnya dapat sama-sama grow capital.
Apa kelainan dan perbezaan yang dibawakan dalam Learning Program Extended ini?
1. Kita akan menambahbaik Learning Program ini dari pelbagai sudut, terutamanya tentang perkongsian nota dan trading setup serta sistem alert.
2. Learning Program Extended ini dilengkapi dengan pilihan untuk sertai Sesi Revision. Sesi Revision ini adalah berbentuk sesi ulangkaji dengan menggunakan platform zoom.
Sesi Zoom ini akan diadakan sekurang-kurangnya 2 kali sebulan.
Dalam Sesi Revision ni, kita bukan sahaja akan ulangkaji topik-topik yang dipelajari dalam Learning Program tapi ada banyak lagi topik-topik baru yang kita akan pelajari bersama.
Dalam Sesi Revision ini juga kita akan tengok case study chart dalam market sebagai panduan untuk kita study behaviour market.
Sesi ini berharga RM 100 setiap sesi, namun jika ia adalah secara combo dengan Learning Program, jumlahnya adalah RM 1799 sahaja.
Ini bermaksud dalam tempoh setahun, akan ada 24 kali kelas revision mahupun topik baru!
Jika anda nak join Learning Program Extended - Combo [Bursa + Global], sila rujuk link ini:
Program ini akan bermula 1 Julai 2025 hingga 31 Julai 2026.
Pendaftaran akan dibuka sehingga 15 Julai 2025 sahaja. Selepas itu pendaftaran akan ditutup.
Boleh daftar segera jika berminat.
Disclaimer:
1. Ini bukan buycall/signal group, sejajar dengan peraturan oleh SC. Ia adalah group pembelajaran setup semata-mata. Sebarang risiko ditanggung masing-masing.
2. Program ini adalah untuk tempoh setahun. Moga-moga dalam setahun ini banyak yang dapat dipelajari bersama dan dapat berdikari sendiri apabila program ini tamat nanti.